Tender UPM tutup 2 November 2010

24 Oct

TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN RUMPUT DI SEKITAR KAWASAN KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR. ZON C (KAWASAN EQUINE, JALAN KAWASAN PASTURA)- T19/2010(13046)
Rujukan: T19/2010(13046) 

Jenis Tawaran: Tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Rumput Di Sekitar Kawasan Kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang, Zon C (Kawasan Equine, Jalan Kawasan Pastura)

Jenis Kelayakan: 220402

Harga Dokumen: RM50.00

Tarikh Lawatan Tapak (Diwajibkan)
Hari : Jumaat
Tarikh : 8.10.2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Unit Equine, Taman Pertanian Universiti, UPM, Serdang, Selangor

Wakil yang hadir perlu membawa dokumen berikut:-
1. Surat perwakilan kuasa daripada pemilik syarikat.
2. Sijil asal Kementerian Kewangan dan salinan Sijil Kementerian Kewangan.

Dokumen Tawaran boleh diperolehi pada waktu pejabat dari kaunter Pejabat Bendahari, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran U.P.M. Serdang, Selangor Darul Ehsan dengan Harga seperti di atas senaskah, secara bayaran tunai atau dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Deraf yang dibuat atas nama Bendahari, Universiti Putra Malaysia (yang tidak akan dikembalikan). Semua bayaran hendaklah dibuat di Kaunter Pejabat Bendahari III. Waktu bayaran di kaunter adalah seperti berikut:-

8.00 pagi-4.30 petang } Isnin-Khamis
8.00 pagi-12.00 tengahari } Jumaat
2.45 petang-4.30 petang

Petender hendaklah menunjukkan Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia sebelum dibenarkan membeli dokumen tawaran dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan di Kaunter Pejabat Bendahari II. Tawaran hendaklah sampai dan dimasukkan ke dalam Peti Tender No. 1 pada atau sebelum 28 Oktober 2010 (Khamis), jam 12.00 tengahari. Dokumen akan dijual pada 8 Oktober 2010

Tarikh Iklan : 23 September 2010 (Khamis)
Akhbar : Berita Harian

NOTIS LANJUTAN TARIKH TUTUP TENDER T19/2010(13046)
Kandungan
Rujukan: T19/2010 (13046) 

Jenis tawaran: Tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Rumput Di Sekitar Kawasan Kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang, Zon C (Kawasan Equine, Jalan Kawasan Pastura)

Merujuk kepada kenyataan di atas yang telah diiklankan pada 23 September 2010, tarikh tutup iklan dilanjutkan sehingga 2 November 2010.

Syarat-syarat lain dalam kenyataan tawaran asal tidak berubah.

TARIKH IKLAN : 21 OKTOBER 2010

AKHBAR : BERITA HARIAN

 

Tarikh Tutup
2/11/2010
%d bloggers like this: