UNITEN -tutup 23 – 11 -2010

7 Nov
Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan  Kementerian Kewangan  (KK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam ketegori seperti di bawah serta masih sah pendaftarannya untuk menyertai tawaran sebutharga seperti berikut: – 

No.Sebutharga UNITEN (KSHAS/PH) 41/ 

FY 10-11

Kategori Kelayakan KK & TNB  

KK –  020300 / 030100 / 030200 / 110200 / 110299 / 200300 / 200400.

Tarikh Pengiklanan 03 November 2010
Tarikh Tutup Sebutharga 23 November 2010
Keterangan Kerja-kerja pembekalan barangan dan peralatan senggaraan perkhidmatan pengurusan harta, UNITEN, KSHAS Muadzam, Pahang.
Taklimat Tarikh: 11 Nov 2010 (Khamis) 

Jam: 9.30pagi (Di Wajibkan)

Tempat Berkumpul: Di Lobi Wisma Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Pahang.

 

Harga Dokumen (RM) RM 50.00

Dokumen sebutharga boleh didapati pada waktu pejabat di Jabatan Perolehan, Aras 2, Bangunan Pengurusan, Universiti Tenaga Nasional, KM 7, Jalan Kajang-Puchong, 43009 Kajang Selangor.

Petender dikehendaki membawa bersama Sijil Pendaftaran asal dengan Bumiputera, KK dan TNB ketika pembelian dokumen sebutharga. Bayaran harga dokumen sebutharga dalam bentuk wang Tunai/ Draft Bank/ Cashier’s Order atas nama Universiti Tenaga Nasional hendaklah dijelaskan pada waktu berikut: –

Isnin – Khamis            : 08.30 pagi            –   01.00 petang

02.00 petang        –   04.15 petang

Jumaat                       : 08.30 pagi           –   12.15 tengahari

02.30 petang        –   04.00 petang

Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

Universiti Tenaga Nasional tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang sebutharga atau memberi apa-apa sebab sesuatu sebutharga ini ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas kos perbelanjaan berhubung sebutharga ini.

Sebutharga-sebutharga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan Nombor Sebutharga dan hendaklah sampai ke Jabatan Perolehan pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada  23 Nov 2010 (Selasa). Universiti Tenaga Nasional tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen sebutharga yang dikemukakan melalui pos.

Petukaran alamat dan nombor akaun bank hendaklah diberitahu kepada Jabatan Perolehan

%d bloggers like this: