Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah -taklimat 3 Jan 2011 -tutup 17 Jan 2011

31 Dec
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH
KENYATAAN TAWARAN
(KHAS UNTUK BUMIPUTERA)

1. Sebutharga adalah   dipelawa    daripada     kontraktor-kontraktor   bumiputera yang  berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA ( KKM ) di bawah tajuk 080501 – (Makanan bermasak Islam) yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja serta syarat-syarat berikut :-

Bil. Sebutharga
Tajuk
Projek
Kod Bidang
Kepala Sub—
Kepala
Harga
RM
MPJBT/S/125/2011 PERKHIDMATAN MENGURUS KAFETARIA MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN. (Anggaran kakitangan MPJBT seramai 600 orang). 080501 50.00
2.   Naskah Meja Sebutharga akan dipamerkan mulai 16 DISEMBER 2010 sehingga 17 JANUARI 2011 semasa waktu pejabat di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 9, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai, Johor.

3.   Dokumen Sebutharga akan dijual mulai daripada 03 JANUARI 2011 sehingga 17 JANUARI 2011semasa  waktu pejabat di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 8, Menara MPJBT, Skudai, Johor Bahru dengan mengemukakan bayaran berupa Wang Tunai bagi setiap set dokumen tawaran atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah sebagai bayaran dokumen Sebutharga.

4.   Penender-penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat  pada HARI ISNIN ,  03 JANUARI 2011 , JAM 10.00 PAGI. Penender – penender adalah dikehendaki berkumpul untuk sesi taklimat  di bilik Mesyuarat Aras 10, Menara Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kehadiran hanya diambil kepada kontraktor-kontraktor yang membawa surat PENDAFTARAN ASAL KEMENTERIAN KEWANGAN  MALAYSIA (KKM) yang masih sah tempohnya.

5.   Dokumen Tawaran akan hanya dikeluarkan kepada Kontraktor (Pemilik Asal) yang membawa surat PENDAFTARAN ASAL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA ( KKM ) yang masih sah tempohnya. Kontraktor juga dikehendaki menyediakan satu salinan Surat PendaftaranKEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA ( KKM ) semasa membuat pembelian dokumen.
6.    Semua Dokumen Sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 8, Menara Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai  sebelum jam 12.00 TENGAHARI pada  17 JANUARI 2011.

6.Harga dokument RM50.00

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Leave a comment