Jab Keewangan Negeri Pulau Pinang -site visit 25 Januari 2011 -tutup 14 Februari 2011

24 Jan

TENDER MENCARIGALI SANGA TIMAH (TANTALUM SLAG) DI DALAM DAN KAWASAN BEKAS BANGUNAN PERPUSTAKAAN JALAN PANTAI, BUTTERWORTH SPU.

1. Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhya oleh rakyat Malaysia dan dikehendaki memiliki lesen Mineral Ores serta masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut :

TENDER MENCARIGALI SANGA TIMAH (TANTALUM SLAG) DI DALAM DAN KAWASAN BEKAS BANGUNAN PERPUSTAKAAN JALAN PANTAI, BUTTERWORTH SPU.

LAWATAN TAPAK : Selasa, 25 Januari 2011, jam 10.00 pagi
di Dalam dan Kawasan Bekas Bangunan Perpustakaan Jalan Pantai, Butterworth SPU.

TARIKH UJI TANAH : Selasa, 02 Februari 2011, jam 10.00 pagi
di Dalam dan Kawasan Bekas Bangunan Perpustakaan Jalan Pantai, Butterworth SPU.

HARGA DOKUMEN : RM50.00 Senaskah

TARIKH TUTUP : Isnin, 14 Februari 2011, 12.00 tengahari

2. Pengarah Syarikat atau Pemilik Perniagaan diwajibkan menghadiri penjelasan dan lawatan tapak serta sesi uji tanah. (wakil tidak dibenarkan hadir). Syarikat yang tidak menghadiri penjelasan atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini. Lawatan Tapak akan diadakan selepas penjelasan pada hari yang sama. Hanya penender yang membeli dokumen tender, hadir lawatan tapak dan membayar deposit tender sahaja dibenarkan untuk membuat kerja uji tanah.

3. Dokumen tender boleh diperolehi di Jabatan Kewangan Negeri, Tingkat 23, KOMTAR mulai 14 Januari 2011 jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

4. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti tender yang terletak bersebelahan Kaunter Jabatan Kewangan Negeri, Tingkat 23, KOMTAR pada tarikh tutup yang ditetapkansebelum jam 12.00 tengahari. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

5. Salinan Pendaftaran Syarikat dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, Peraturan-peraturan Pelindungan Sinaran (Perlesenan) 1986 dan lesen daripada Jabatan Mineral & Geosains. Salinan kad pengenalan, penyata kewangan syarikat sekurang-kurangnya 3 bulan yang terkini, profail syarikat, pengalaman kerja dan surat akuan pembida hendaklah disertakan bersama dengan dokumen tender.

6. Jabatan Kewangan Negeri tidak terikat untuk menerima tender yang paling tinggi harganya atau sebarang tender.

http://jkn.penang.gov.my/index.php/en/activities/news/459-kenyataan-tender-jabatankewangan-negeri-pulau-pinang.html?layout=default&date=2011-02-01

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: