Archive | 08:55

Lemb Perindustrian Nenas -tutup 3 Mac 2011

19 Mar
SEBUT HARGA

Sebut harga adalah dipelawa daripada Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangandalam bidang bekalan di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan menyertai Sebut harga berikut :

NO. SEBUT HARGA TAJUK KOD BIDANG PENDAFTARAN
HARGA DOKUMEN SENASKAH
LPNM/TN/(S)/ 04/2011 Cadangan Untuk Membekal Dan Menghantar Racun Paraquat Dichloride 13.0% w/w ke Stor Milik Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian, Johor. 120 100
120 102
120 303
RM30.00

Dokumen Sebut harga boleh didapati mulai 15 Mac 2011 hingga 23 Mac 2011 pada waktu pejabat di alamatBahagian Khidmat Pengurusan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Wisma NANAS, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Wang Pos, Kiriman Wang atau Bank Draf di atas nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.

Pembekal perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan olehKementerian Kewangan Malaysia untuk semakan sebelum dibenarkan membeli Dokumen Sebut harga. Salinan sijil juga hendaklah disertakan untuk simpanan pejabat ini.

Dokumen Sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat :

Bahagian Khidmat Pengurusan
(Unit Perolehan)
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma NANAS, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 23 Mac 2011. Sebut harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

http://www.mpib.gov.my/web/guest/sebutharga