Maktab Kerjasama Malaysia -tutup 19 Januari 2011

13 Jan
Tawaran Sebutharga Bil 1/2011
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
(AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)
 

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

Bil. Keterangan Aset Kuantiti Harga
Simpanan (RM)
Deposit Tender
1 Komputer Compaq Evo D510C 17 1.00
2 Monitor 17″ / COMPAQ 17 1.00
3 Komputer  HP Compaq D530C 13 1.00
4 Monitor 17″ CRT Color / HP Compaq 13 1.00
5 Komputer HP Compaq dx6100 MT 6 1.00
6 CRT 17″ S7500 Color Monitor / HP 6 1.00
7 Komputer HP Compaq dx2000 MT 4 1.00
8 MONITOR 17 / HP V7550 4 1.00
9 Komputer  ACER VERITON 5800 1 1.00
10 Komputer NEC POWER MATE 1 1.00
11 Monitor 17 / NEC MULTISYNC 1 1.00

Aset boleh  dilihat pada 10 Januari 2011 dan/hingga 14 Januari 2010 di antara jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Blok B Maktab Kerjasama Malaysia.

Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA – 25)  yang boleh diperoleh di alamat seperti di bawah. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari.

Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditandakan No. Sebut harga : 1/2011 dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:-
Unit Tadbiran Am
Maktab Kerjasama Malaysia
103, Jalan Templer
46700 Petaling Jaya, Selangor.

Tarikh tutup sebut harga pada 19 Januari 2011, jam 12.00 tengahari.  Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

SYARAT DAN PERATURAN SEBUTHARGA

1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
2 Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000.00 mengikut mana yang terendah.  Deposit  sebut harga hendaklah dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank atau Cashier’s Order sahaja atas nama Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia.
3 Tawaran tanpa/kurang deposit sebut harga tidak  akan dipertimbangkan.
4 Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where- is basis)
5 Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
6 Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle),mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
7 Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1 minggu) dari tarikh pemberitahu keputusan.  Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan
8 Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan.  Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

http://www.mkm.edu.my/sebutharga1

Leave a comment