Maj Daerah Jempol -taklimat 12 Mei 2011 -tutup 26 Mei 2011

5 May

http://www.mdjl.gov.my/web/guest/tender2

 No Sebutharga  Keterangan  Ketegori/Kelas /Kepala Dan Sub Kepala  Harga Dokumen  Tarikh Tutup Sebutharga

 MDJL 36 JLD 1 – 2011

  Kerja-Kerja Membina Laluan Pejalan Kaki, Rel Penghadang Dan Cermin Keselamatan Bagi Tujuan Projek Pelaksanaan Program Bandar Selamat Kelas “E”
(Bumiputera)Kepala 1
Sub kepala 1,
  RM 100.00  26/05/ 2011
( Khamis )
.
Dokumen sebutharga boleh disemak dan diperolehi dari Bahagian Kejuruteraan Pejabat Majlis Daerah Jempol mulai daripada 13hb Mei 2011 (Jumaat).Dokumen sebutharga tidak akan dijual sebelum daripada tarikh di atas dan sehari (1 hari) sebelum tarikh tutup sebutharga seperti ternyata.
Bayaran harga dokumen dalam bentuk wang tunai atau money order atau bank draf hendaklah atas nama Yang Dipertua,Majlis Daerah Jempol dan hendaklah dijelaskan di kaunter Majlis Daerah Jempol pada waktu pejabat.Bayaran Dokumen ini tidak akan di kembalikan kecuali dengan sebab-sebab yang munasabah.

Lawatan tapak akan diadakan pada 12hb Mei 2011 (Khamis) pada jam 10.00 pagi dan pemborong perlu hadir sendiri bersama dokumen-dokumen asal .Pemborong yang berminat untuk menyertai sebutharga ini hendaklah berkumpul di perkarangan Majlis Daerah Jempol sebelum 9.00 pagi untuk pendaftaran.

Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan kedalam PETI SEBUTHARGA di Pejabat majlis Daerah Jempol sebelum pukul 12.00 t/hari pada 26hb Mei 2011 (Khamis).Pemborong yang tidak menghadiri lawatan tapak, secara automatik tidak akan dikeluarkan borang kepada yang berkenaan.Pemborong dikehendaki membawa “surat-surat pendaftaran asal” beserta salinan-salinannya ketika membeli Dokumen Sebutharga.

Majlis Daerah Jempol tidak akan terikat menerima tawaran yang terendah atau sebagainya atau memberikan apa-apa sebab sesuatu sebutharga itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab di atas segala kos perbelanjaan berhubung dengan sebutharga ini.

SYARAT-SYARAT SEMASA MENGHADIRI LAWATAN TAPAK
1. 1. Pemborong adalah daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta boleh menjalankan kerja-kerja di sekitar Daerah Jempol sahaja.
2.

Pemborong yang hadir sebagai wakil syarikat mestilah mempunyai surat pengesahan dari syarikat yang di wakili. Pemborong hanya boleh mewakili satu syarikat sahaja.

3. . Pemborong dikehendaki membawa bersekali sijil-sijil asal PKK dan CIDB semasa lawatan tapak.
4.

Pemborong dikehendaki berkumpul terlebih dahulu di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Jempol sebelum memulakan lawatan di tapak.

5. Pendaftaran untuk menyertai lawatan tapak selepas jam 10.00 pagi tidak akan di layan kecuali dengan sebab-sebab munasabah.
Tarikh Pengiklanan
April 2011
…………………………………
( ROSTAM BIN OMAR )
Jurutera,
Bahagian Kejuruteraan,
Majlis Daerah Jempol.

Leave a comment