KWSP -tarikh tutup beli dokumen 31 Jan 2011 -tutup 7 Februari 2011

25 Jan
KENYATAAN TENDER
1.
Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang Pendaftaran bagi pembekalan berikut:-
No. Tender
Butir-butir Tender
Harga Dokumen (RM)
Kod Bidang Pendaftaran
Tarikh Iklan Tender Disiarkan
Tarikh Tutup Beli Dokumen
Tarikh Tutup Mengembalikan Dokumen
18/3/5-0550-2(2)/2011 Cadangan Perkhidmatan Pengurusan Dan Pembersihan Secara Komprehensif Di Bangunan KWSP Kuching Dan Pejabat-Pejabat KWSP Cawangan Sarawak. RM100.00 Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) – 220401/220402/220403 10 Jan 2011 31 Jan 2011
(04:00 pm)
07 Feb 2011
(12:00 pm)
2.
  1. Dokumen Tender boleh diperolehi daripada Unit Pengurusan Tender/Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dan Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Uplands, Kuching, Sarawak mulai 10 Januari 2011 sehingga 31 Januari 2011 dengan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 dalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos di atas namaKumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek persendirian tidak akan diterima.
  2. Kontraktor dikehendaki mengemukakan Wang Kesungguhan (Earnest Money) sebanyak RM2,000.00 dalam bentuk Bank Deraf/Jaminan Bank di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa mengembalikan Dokumen Tender. Wang ini akan dikembalikan selepas keputusan tender dibuat.
  3. Petender perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) untuk semakan sebelum dibenarkan membeli Dokumen Tender. Salinan fotostat Sijil Pendaftaran tidak akan dilayan. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat.
  4. Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 13 Januari 2011 (Khamis), jam 2.30 petang di Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Uplands, Kuching, Sarawak. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul nombor Tender serta tajuk kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:
    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Unit Pengurusan Tender/Vendor,
    Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan,
    Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
    tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 07 Februari 2011 (Isnin) dan dimasukkan ke dalamPeti Tender No.(19). Pihak KWSP tidak terikat menerima tawaran tender terendah atau sebarang tender.
    Semakan ke atas Rekod Caruman akan dibuat untuk mana-mana penyebutharga yang boleh ditafsirkan sebagai majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan mempunyai tanggungan mencarum. Jika penyebutharga didapati gagal mencarum, tawaran sebutharga berkenaan tidak akan dipertimbangkan.

http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2procure&pg=bm_p2procure_tender&ac=784

Leave a comment