Tender KWSP 22 October 2010 hingga 1 November 2010

22 Oct
KENYATAAN SEBUTHARGA
Sebutharga adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah kod bidang pendaftaran 010201 dan 221003 dan 221004.

Dokumen sebutharga boleh didapati mulai 22 Oktober 2010 sehingga 01 November 2010 pada waktu pejabat di alamat Seksyen Pengurusan Tender/Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

Penyebutharga perlu mengemukakan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) Asal atau Salinanyang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil Dokumen Sebutharga.

Semua sebutharga hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditandakan luarnya nombor sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga No. (13) atau dihantar dengan pos berdaftar kepada alamat seperti di atas tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 01 November 2010.

Semakan ke atas Rekod Caruman akan dibuat untuk mana-mana penyebutharga yang boleh ditafsirkan sebagai majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan mempunyai tanggungan mencarum. Jika penyebutharga didapati gagal mencarum, tawaran sebutharga berkenaan tidak akan dipertimbangkan.