Tender KWSP tutup 3 November 2010

22 Oct
KENYATAAN SEBUTHARGA
  1. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi daripada Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan & Perkhidmatan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur mulai 20 Oktober 2010 sehingga 02 November 2010 dengan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00dalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek persendirian tidak akan diterima.
  2. Petender perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) untuk semakan sebelum dibenarkan membeli Dokumen Tender. Salinan fotostat Sijil Pendaftaran tidak akan dilayan.
  3. Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 20 Oktober 2010 (Rabu), jam 11.00 pagi di Bilik Ruang Perbincangan, Jabatan Pengurusan Harta, Tingkat 14, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Kegagalan petender mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan dokumen tawaran tidak dikeluarkan atau penyertaan petender di dalam tawaran berkaitan akan TERBATAL dengan sendirinya.
  4. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul nombor Tender serta tajuk kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Seksyen Pengurusan Tender/Vendor,
    Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan,
    Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

    tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 03 November 2010 (Rabu) dan dimasukkan ke dalamPeti Tender No. (22). Pihak KWSP tidak terikat menerima tawaran tender terendah atau sebarang tender.

  5. Semakan ke atas Rekod Caruman akan dibuat untuk mana-mana penyebutharga yang boleh ditafsirkan sebagai majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan mempunyai tanggungan mencarum. Jika penyebutharga didapati gagal mencarum, tawaran sebutharga berkenaan tidak akan dipertimbangkan.
Senarai Sebut Harga